I AM YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Welcome & thank you for visiting...this is a place i share my life experience about health, natural supplement, kids and teaching.
I am Nurul Fakhriah. A wife, mommy to Firas&Hakim, daughter, sisters, teacher & friends.
Your Shaklee Distributor, ID 872787 at Kuantan, Pahang. Delivery throughout Malaysia..
Feel free to contact me for your orders & consultations
Call/SMS/Whatsapp : 012-9616611 | Email : mataketam18@gmail.com | Facebook : Nurul Fakhriah Rahman

Tuesday, 30 July 2013

OMEGAGUARD : MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA

KELEBIHAN :

OMEGAGUARD diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omegaguard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Omegaguard juga merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omegaguard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 DHA dan HDA.

MANFAAT UTAMA OMEGAGUARD :
  • Asid lemak Omega 3 merupakan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yg menyebabkan PMS dan membuatkan kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi dan kepekatan darah dan melancarkan pengaliran dalam salur darah. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan tahap kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam, bronkitis, asma, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser - mencegah kanser peparu, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh merangsang kesihatan hati selepas pembedahandan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - paras asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yg membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif.
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan- Kajian membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk stabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental  termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, autism, kanak-kanak hyperaktif dan penyakit schizophrenia.


Untuk pesanan dan info :
Pengedar Sah Shaklee Anda 
Nurul Fakhriah | 012-9616611 (call/sms/whatsapp/wechat)

COD seluruh Kuantan, Pahang dan poslaju ke seluruh Malaysia

Tuesday, 23 July 2013

MANFAAT UTAMA VITAMIN E COMPLEX

Vitamin E Complex dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ia adalah Vitamin E yang paling lengkap di pasaran.

Ia mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu otot. Ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmiun dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Adakah anda Mengambil Vitamin E dengan cukup?
* Untuk 400IU Vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas : 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam, 500g badam.



Manfaat Utama Vitamin E Complex :
  • Melindungi jantung : Melindungi sel darah merah, meingkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik dan penyakit jantung.
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif : Kajian mendapati lelaki yang mengambil 600IU- 800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
  • Anti-Penuaan : 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ia mapu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Anti-oksidan yang kuat : Berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan radikal bebas. Ia juga memperbaiki masalah oksidasi-katarak dan masalah penglihatan.
  • Kelestarian tenaga : Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.
  • Memperbaiki Arthritis : Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi.
  • Mengawal keseimbangan hormon : Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. 
  • Memperbaiki parut : Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Hubungi Pengedar Sah Shaklee anda | Nurul Fakhriah | 012-9616611


Monday, 22 July 2013

CINCH INCH LOSS PLAN : CINCH SHAKE + CINCH TEA

Pengurangan berat badan boleh jadi mudah walaupun ia susah. Shaklee amat memahaminya. Oleh sebab itulah kami memberikan tumpuan saintifik dan kajian nutrisi selama 50 tahunbagi mencipta penyelesaian untuk semua. Ia dicipta oleh para saintis Shaklee yang juga manusia sama seperti anda, di mana pelan pengurangan inci direka untuk membantu anda mengelakkan kitaran diet yoyo dan membantu anda sihat sepanjang hayatdengan makanan enak yang luarbiasa dan sukatan kesihatan yang pasti digemari ramai. Cinch Shake adalah lebih murah dan menyihatkan berbanding makanan ringan yang lain. Jadi mengapa perlu membeli yang lain?


CINCH SHAKE MIX : CHOCOLATE/VANILLA/CAFE LATTE
Cinch Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan :
  • Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?
  • Apa yang harus saya makan untuk tengah hari?
Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berkhasiat untuk membantu anda memelihara otot penting serta membuat anda sentiasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.
  • Rasa seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh satu hidangan
  • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot di saat mengurangkan berat badan
  • Mengandungi 24gram protein dalam setiap hidangan bagi rasa puas dan kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi, 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih nilai harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Genetik soya yang tidak diubahsuai (Non GMO)

CINCH ENERGY TEA MIX UNSWEETENED
Tingkatkan Tenaga Anda!

Teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha (satu teh hijau bagi istiadat ulung Jepun) dituai dan dicampurkan dengan teliti bagi menghasilkan minuman yang luar biasa. Ia memberi anda tenaga semulajadi dan rasa yang selesa.
  • Selamat, penggalak tenaga semulajadi. Enak dinikmati ketika panas atau sejuk
  • Ditambah dengan Taurina yang dikaji secara meluas dapat meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Pilihan terbaik untuk menggantikan manisan dan kopi bagi mengekalkan kecergasan tubuh badan
  • Bungkusan kecil yang mudah dibawa
  • Eksklusif T-Lift - campuran teh hijau, putih dan merah
  • Tanpa gluten, tidak mengandungi perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis
Hubungi Pengedar Sah Shaklee anda | Nurul | 012-9616611




Eye Bag Menjadi Mimpi Ngeri Anda?

Mata adalah satu anugerah yang amat berharga bagi semua insan. Maka, ia harus dijaga dengan baik agar ia sentiasa kelihatan cantik dan terpelihara. Namun begitu, ada di kalangan kita yang kurang peka kepada penjagaan mata sehingga menimbulkan lingkaran gelap bawah mata yang dikenali sebagai eye bag.

Masalah ini membuatkan seseorang merendah diri dan kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan masalah sekeliling. Ada di antaranya selesa dengan memakai cermin mata bagi menutup masalah mereka. Sampai bila harus begitu, tanpa ada usaha untuk menhilangkannya.

Di sini saya senaraikan beberapa tips untuk menghilangkan eye bag :
  1. Air kosong ~ Minum air kosong mencukupi setiap hari sekurang-kurangnya 2 liter. Pengambilan air kosong sebanyak 2 gelas sangat digalakkan sewaktu bangun tidur dan sebelum tidur. Air tersebut akan disimpan di bawah mata dan disingkirkan menjadi urin. Jadi apabila anda kerap membuang urin, ia akan mengelakkan penyimpanan air di bawah mata seterusnya mengelakkan kewujudan eye bag.
  2. Timun/Uncang Teh ~ Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, meletakkan timun segar atau uncang teh yang telah digunakan untuk memelihara kesegaran mata seterusnya menghilangkan eye bag.
  3. Tidur~ Pastikan anda mempunyai masa tidur yang cukup. Kajian mendapati seseorang dewasa perlu tidur sebanyak 6 jam sehari.
  4. Gosok mata ~ Elakkan menggosok mata menggunakan jari telunjuk dengan kuat. I ni kerana kulit di bahagian mata sangat lembut dan sensitif. Jika gatal gunakan kapas dan disapu menggunakan jari hantu untuk menggosok mata.
  5. Pemakanan~ Kurangkan makanan berminyak, pedas dan berempah. Ini kerana makanan ini boleh menyumbang kepada kewujudan eye bag. Perbanyakkan makanan sumber protein dan buah-buahan segar seperti berries. Protein sangat perlu untuk sentiasa memperbaharui sel-sel dalam badan.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!!!

Cadangan dari Shaklee : Pelihara mata anda dengan Carotomax, Energizing Soy Protein/Mealshakes & Enfusselle Eye Treatment

Hubungi Nurul utk info : 012-9616611




Tuesday, 16 July 2013

MEALSHAKES : SIAPA YANG PERLUKAN & MANFAAT UTAMA MEASLHAKES

MEALSHAKES Shaklee dihasilkan untuk semua golongan iaitu kanak-kanak membesar, pelajar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran, orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Mealshakes merupakan pilihan paling bijak.


Manfaat Utama :
  1. Nutrisi lengkap ~ menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
  2. Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  3. Membantu tumbesaran ~ mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yg diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  4. Antioksida ~ bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  5. Mengembalikan seri wajah ~ membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  6. Detoksifikasi ~ Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  7. Lazat ~ Penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.



Hubungi Pengedar Sah Shaklee anda | Nurul Fakhriah | 





Waktu Mustajab Berdoa

Mari kita teliti senarai waktu mustajab berdoa seperti di bawah :


  • Waktu pagi sebelum terbit matahari, iaitu setelah selesai menunaikan solat Subuh.
  • Setiap kali lepas solat fardhu.
  • Di antara Zohor & Asar. Juga di antara Asar & Maghrib.
  • Waktu di antara azan & iqamat.
  • Ketika bangun tidur.
  • Semasa solat, iaitu sebelum salam (selepas membaca tasyahud akhir).
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  • Pada masa takbir solat hari raya (sela masa di antara takbir semasa solat).
  • Waktu di antara dua khutbah (khutbah Jumaat dan khutbah hari raya).
  • Waktu menziarahi makam Rasulullah di Masjid Madinah.
  • Waktu melakukan urusan penting.
  • Waktu membaca doa qunut pada solat Subuh.
  • Pada masa mengadakan majlis dan upacara (bukan berbentuk maksiat).
  • Waktu ditimpa kesulitan, kecewa dan hati tidak tenteram.
  • Waktu bertemu kembali dengan sanak saudara atau sahabat yang lama terpisah.
  • Waktu hujan turun.
  • Waktu hendak memulakan solat dan setelah selesai solat.
  • Waktu selesai khatam 30 juz al-Quran atau selepas selesai membaca mana-mana ayat al-Quran.
  • Sewaktu sujud.

Dipetik daripada : MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI, FATHURI SALEHUDDIN

Monday, 15 July 2013

KOMBO GLA COMPLEX

Di sini saya senaraikan beberapa gabungan GLA COMPLEX :

~ GLA + KOLAGEN SHAKLEE = Kulit tegang & glowing

~ GLA + ESP = Kulit sekata & glowing = Utk diet, kawal kolesterol = Utk pesakit diabetes/darah tinggi

~ GLA + ALFALFA = Utk kesihatan dalaman dan luaran, perapat dan detoks

~ GLA + OSTEMATRIX = Utk wanita yg senggugut, sindrom PMS dan menopaus & lenguh2 badan.

~ GLA + VIT E/ZINC = Utk kesuburan suami isteri yg ingin menimang anak

~ GLA + ZINC = Pesakit diabetes, kawal paras gula dalam darah

~ GLA + OMEGA = Utk kurangkan berat badan & bakar lemak.

~ GLA + BCOMPLEX = Utk seimbangkan hormon & anti stress.


Hubungi :
Pengedar Sah Shaklee
Nurul Fakhriah binti Abdul Rahman
| 012-9616611 |


Friday, 12 July 2013

Prinsip Hidup Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Prinsip Hidup Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary iaitu orang melayu paling kaya di Malaysia.
Di dalam post ini saya kongsikan kepada anda bukan sekadar faktar tetapi ianya meliputi kisah dan prinsip hidup Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary iaitu orang melayu paling kaya di Malaysia. Semoga artikel ni memberi manfaat untuk kita semua agar lebih bermotivasi untuk berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Jom kita baca apakah prinsip Tan Sri Syed Mokhtar:
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.
2. Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa.TIADA JALAN SINGKAT.
4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS. ADA MASA DI ATAS, ADA MASA DI BAWAH.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI. SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA, APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!
16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA, BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN. SAYA TIDAK MALU. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI. KITA KENA BERANI KERANA BENAR. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI . Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK, DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB.
26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan
30. ....Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF, BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA. SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI. HARI INI KITA TOLONG ORANG, ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA. PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK. JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA. TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR. GIGIH, TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA. SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR.
39. ALLAH MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANT. SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN

BAGAIMANA MAHU MENJADI AHLI SHAKLEE?

Cara mudah untuk menjadi ahli Shaklee ialah dengan mendaftar sebagai ahli dengan Pengedar Sah Shaklee seperti saya, Nurul Fakhriah binti Abdul Rahman.

Anda ada 2 pilihan hebat : 

1) Bayar yuran seumur hidup RM65 dengan pengeposan kit ahli RM10. (Jumlah=RM75)

ATAU

2) PERCUMA dengan pembelian produk sebanyak RM680 ke atas

ATAU    2 BOTOL VIVIX

ATAU    3 KOTAK KOLAGEN

Keahlian adalah seumur hidup. Tiada yuran bulanan atau tahunan.



Hubungi Saya utk info lanjut :
Nurul Fakhriah ID 872787
Pengedar Sah Shaklee anda
sms/whatsapp/wechat | 0129616611
COD seluruh Kuantan, Pahang dan pos seluruh Malaysia.


Thursday, 11 July 2013

GLA COMPLEX a.k.a EPO SHAKLEE

GLA COMPLEX mengandungi GLA, Vitamin E dan Minyak Benih Bunga Matahari.

Apa itu GLA?
GLA ialah asid linoleik gama yang digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yg digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

GLA Shaklee juga mengandungi Minyak Borage yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah terserap. Ia sesuai diambil oleh lelaki dan wanita terutama mereka yang mengalami masalah jerawat, mereka yang mempunyai masalah menstrual, cyst, fibroid, darah tinggi dan kencing manis.

Apakah kelebihan dan manfaat GLA Complex?
~ membantu mengawal dan megatur kitaran haid
~ membantu meningkatkan kesuburan
~ melegakan PMS (sindrom pra-haid)
~ membantu dalam menangani sindrom menopous
~ menguatkan kuku dan rambut
~ menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
~ membantu menangani ekzema
~ melegakan simptom akibat artritis reumatoid
~ mengandungi Vitamin E utk menguatkan dinding arteri
~ menguatkan imuniti tubuh
~ memperlahankan proses penuaan
~ mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
~ mengawal kencing manis dan darah tinggi
~ mengawal kolesterol dan untuk fungsi saraf

sumber : mamafaiz.com



Pengedar Sah Shaklee Anda :

Nurul Fakhriah binti Abdul Rahman | 012-9616611


Konsultasi Percuma sepanjang pengambilan Shaklee.



Wednesday, 10 July 2013

SALAM RAMADHAN KAREEM

ALHAMDULILLAH

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nafas, peluang & ruang utk menemui bulan pengampunan & penuh keberkatan ini. Semoga Ramadhan ini memberi sinar kebahagiaan utk kita semua.

6 bulan blog ni tak berusik. Semoga 'comeback' saya kali ni sempena Ramadhan utk terus istiqomah berkongsi rasa, memberi dan membantu semua yg memerlukan.

Banyakkan Memberi..

INGAT : Orang tolong kita
LUPA   : Kita tolong orang

INGAT : Salah kita pada orang
LUPA   : Salah orang pada kita.

Semoga bermanfaat utk perkongsian bersama.

ISLAM ITU INDAH. HIDUP UNTUK AKHIRAT.

Salam sayang&cinta : Nurul Fakhriah Rahman