I AM YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Welcome & thank you for visiting...this is a place i share my life experience about health, natural supplement, kids and teaching.
I am Nurul Fakhriah. A wife, mommy to Firas&Hakim, daughter, sisters, teacher & friends.
Your Shaklee Distributor, ID 872787 at Kuantan, Pahang. Delivery throughout Malaysia..
Feel free to contact me for your orders & consultations
Call/SMS/Whatsapp : 012-9616611 | Email : mataketam18@gmail.com | Facebook : Nurul Fakhriah Rahman

Wednesday 21 August 2013

PERBEZAAN SHAKLEE CoQHealth Plus

Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
Anda sanggup?


Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.

Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).




Tanpa Gluten.

Hubungi saya utk pesanan & info lanjut :
Nurul Fakhriah ID 872787
Pengedar Sah Shaklee anda
sms/whatsapp/wechat | 0129616611
COD seluruh Kuantan, Pahang dan pos seluruh Malaysia


CoQHealth Plus ~ Membantu Jantung Lebih Sihat Bertenaga

CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah dibuktikan dapat :

  • menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • meningkatkan peredaran darah
  • membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Dos pengambilan : Sebiji kapsul selepas makan.



Untuk pesanan & info lanjut :
Nurul Fakhriah  ID 872787
Pengedar Sah Shaklee anda
sms/whatsapp/wechat | 0129616611
COD seluruh Kuantan, Pahang dan pos seluruh Malaysia.

Berapa Jumlah Pengambilan Dietari Coenzyme Q10 yang kita perlukan?

Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari.




Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.
Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolesterol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh. Justeru, pengambilan supplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahp selular yang penting dalam tubuh kita ini.

Apa itu Koenzim Q10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kita?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, mengahsilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh yang lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.
CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.

Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah termasuk pengaliran darah ke jantung.